Friday, February 4, 2011

KONVENSYEN GPN2010

Majlis Paralimpik Malaysia (MPM) dengan kerjasama Kementerian Belia dan Sukan (KBS)dan Universiti Teknologi MARA (UiTM) akan menganjurkan satu Konvensyen Gerakan Paralimpik Negara Sedekad (GPN2010)di Hotel World Youth, Ayer Keroh, Melaka pada 25 hingga 27 Mac 2011. Tujuan konvensyen ini ialah untuk meneruskan perjuangan Orang Kurang Upaya (OKU) untuk sedekad lagi dengan mendapatkan pandangan orang ramai agar program Gerakan Paralimpik Negara Sedekad Kedua (GPN2020) menemui sasarannya.

GPN2020 adalah satu program Majlis Paralimpik Malaysia untuk menentukan atlet OKU akan mencapai status atlet cemerlang setanding dengan atlit negara maju yang lain. Untuk menjadi negara maju kerajaan seharusnya memberikan hak sama rata antara atlet biasa dengan hak atlet OKU.Perkara-perkara seperti kejayaan atlet OKU tidak mendapat liputan sepertimana liputan yang diberikan kepada atlet biasa hendaklah diatasi. Skim Kemenang untuk atlet OKU juga tidak setimpal dengan atlet biasa. Ada atlet OKU yang menjadi juara dunia tidak diberi liputan dan ganjaran. Inilah yang akan diperjuangkan oleh MPM untuk sedekad yang akan datang.

MPM juga akan memperjuangkan supaya satu Akta dibuat untuk MPM sepertimana yang telah diperuntukkan kepada Majlis Olimpik Malaysia (MOM) dan Majlis Sukan Negara Malaysia (MSN). MPM juga akan cuba membina Akademi Paralimpik bukan hanya untuk atlet Malaysia sahaja tetapi diiktiraf oleh International Paralympic Committee (IPC) bagi atlet luar negara berlatih atau belajar disini.

Blue Print GPN2020 adalah sasaran utama konvensyen ini. Bagi mereka yang berminat untuk berkongsi pendapat dalam kenvensyen ini harap dapat menghubungi ramlayibrahim@gmail.com.

No comments:

Post a Comment